
Kenapa remaja perempuan 15 tahun sudah buat pembedahan plastik!
Bukan selalu kita dengar remaja perempuan membuat pembedahan plastik pada wajahnya untuk kelihatan muda. Betul tak?

Tapi bagi Xiaofeng dari Liaoning, China perlu melakukan pembedahan sebab wajahnya seperti seorang nenek.
Remaja itu mengalami keadaan penyakit aneh yang buatkan dia kelihatan seperti wanita 60an.
Kisah remaja ini menjadi viral pasa Disember tahun lalu selepas penyakit yang tak dapar disembuhkan dipanggil progeria muncuk ketika Xiaofeng berusia 1 tahun.

Keadaannya itu sebabkan dia dibuli hingga terpaksa berhenti sekolah. Kisah remaja ini mendapat perhatian ramai hingga ada yang menderma wang bagi membuat pembedahan disebabkan keluarganya yang tak mampu menanggung kos rawatan itu.
"Ada masa orang panggil saya makcik atau nenek. Ia buat saya sangat sedih.
"Saya tak mahu cantik, cuma mahu seperti orang lain bergaul tanpa ada pandangan pelik," katanya ketika temubual sebelum ini.
Pada 29 Disember lalu, Xiaofeng menjalani pembedahan rejuvinasi wajah, pembentukan hidung termasuk mikro pembedahan untuk hilangkan kedut serta kendir disekeliling mulutnya.
Kemudian pada 20 Januari lalu, Xiaofeng melakukan sidang akhbar dan menunjukkan wajahnya yang terbaru.
Dia kini bersemangat untuk sambung belajar dan berharap dapat menjadi seorang doktor untuk membantu orang lain.
No comments:
Post a Comment