SERAM: Hantu Bangkit Di Sarawak

 on 27 August 2020  


Awal 1990an gempar.Lampu gasoline digantung di merata jalan di pelusuk beranda rumah warga tatkala maghrib melabuh tirai.Rumah di kampung nenek dibina rapat-rapat.Yang memisahnya hanya dereten pasu-pasu bunga kertas dan pepohon ragam buahan seperti mangga dan kuini.

.

Kisah kali ini ku ilhamkan dari keributan mengenai hantu bangkit.Keturunan dari tanah seberang yang menepati sebahagian pesisiran pantai borneo yang menjalur dari Teluk Melano di Lundu hingga ke bahagian utara Mukah di Sarawak.
.
Mereka keturunan yang melanggar pantang dan disumpah bangkit dari kubur.Keturunan ini dipanggil boyan kayong oleh masyarakat di Tekajong Sarawak..Sarawak semestinya menyimpan pelbagai kisah mistik.Dunia ini…percayalah bukan cuma wujud makhluk manusia yang mendiaminya.tetapi ada juga dikalangan makhluk jin dan iblis yang berupa pelbagai bentuk kejadian.
.

Biasanya hantu bangkit cuma akan menampakkan diri selama 44 hari setelah kematian keturunan boyan kayong.Ada setengah pendapat orang tua dengan menyucuk jarum emas di celah ibu jari akan mengelakkan keturunan ini dari bangkit…Kisah kali ini sedikit berbeza dan ku lerai dalam bentuk kosa cerita yang agak membuai rasa seram suam-suam kuku untuk dibaca peminat FS.


Habibah gadis seberang yang cukup cantik sopan tutur katanya dengan dialek melayu Mandelingnya.Datangnya ke daerah kampung nenek cuma pada awalnya mencuba nasib sebagai menjual kain batik lepas dan segala macam jamu dari tanah seberang..
.

Habibah sering pulang balik dari kampung halamannya di tanah seberang ke kampung nenek bila segala bahan jamu dan kain batik lepasnya habis dijual.Habibah wajahnya cukup manis dan tipikal,wanita seberang yang tidak sama seperti wajah warga tempatan bangsa melanau yang berkulit agak cerah.


Namun begitu,dia gadis yang cukup berani berdagang berjual hingga ke tanah Sarawak..Habibah cukup dikenal di kalangan bidan-bidan dan wanita-wanita tempatan yang ingin membeli jamu seperti majun dan jamu selapan darinya.Para lelaki juga sering mengunjungi Habibah buat membeli jamu kuat setelah penat mengusaha ladang dan melayar lautan menjadi nelayan.
.

Pintu hati Habibah diketuk seorang warga tempatan bernama Jiman.Mereka pun bernikah dan melayari bahtera rumah tangga dengan aman dan rukun..Suatu hari Habibah mengandung.Jiman cukup bahagia…Tetapi kebahagian Jiman diragut seketika cuma..Habibah meninggal dunia dan bayinya selamat.Habibah meninggal kerana tumpah d***h…Urusan pengkembumian Habibah pun selesai..Jiman sangat sedih tatkala hal itu berlaku..Namun dia redha dan harus meneruskan hidup membesarkan anaknya sendirian..Jiman kerja hariannya adalah nelayan.


Malam pertama Habibah dikebumikan…Kedengaran dapur rumah Jiman diselongkar..Jiman memeriksa.Tiada siapa..tetapi nasi di dalam periuk bagaikan seperti ada orang yang mengautnya untuk makan.Jiman menguman tatkala melihat di suatu sudut.Satu susuk tubuh yang cukup dikenalinya..Seperti susuk tubuh sebesar tubuh Habibah sedang meratah sesuatu dengan lahapnya..Jiman merapati…susuk yang masih lengkap berbalut pocong itu..Dia memusingkan kepalanya.Ya raut yang cukup dikenalinya Habibah..Matanya kemerahan dan ada tanah disekitar mukanya…Susuk itu bangun dan merapati Jiman dan mendengus.
“Hai suamiku…Aku bangkit dari kuburku.Aku dari keturunan boyan kayong.44hari aku akan menjengah dirimu”Aku tidak akan apa2kan engkau suamiku!..

.

Jasad Habibah meluru ke dalam kamar…Jiman membontoti jelmaan Habibah dari belakang.Antara percaya dan tidak Jiman cuma bagaikan dipukau antara halusinasi antara realiti atau mainan perasaan kerana terlalu sedih atas kematian Habibah.


Di dalam kelambu itu,kelihatan Habibah tengah khusyuk menetek bayinya.Sedu-sedan esak tangisnya kedengaran sayu merenung wajah bayinya yang masih merah..Jiman cuma memerhatikan kejadian itu diantara percaya atau tidak….kerana bayinya itu cuma diberikan susu formula jenama dumex tin biru berbekal susu botol puting getah kuning.Habis menetekkan bayinya.Jasad jelmaan Habibah itu meletakkan semula bayinya di dalam kelambu..Habibah bingkas bangun dan meninggalkan Jiman yang masih tergaman..


Seminggu berlalu..Jasad jelmaan Habibah itu secara konsisten menjengah Jiman dan anaknya.Tetapi kali ini Jiman sudah hilang rasa takut..tetapi yang hadir kali ini adalah rasa mual kerana bau dari jasad jelmaan Habibah itu sangat membusuk dan meloyakan…Jiman juga perasan bahawa tatkala nasi di dapur setelah disentuh jasad berupa jelmaan Habibah pasti cepat basinya.Belum lagi ulat-ulat yang mengeletek di lantai rumah dan tilam tempat bayinya tidur.Jiman hilang sabar dan bersuara.”Habibah..ku tahu engkau bukan lagi manusia.Kembalilah engkau ke alam engkau.Janganlah engkau kembali…”

.

Habibah pun merengus.”Kemana ku boleh pergi kalau bukan ke rumahmu ini suamiku?”44hari keturunanku ini disumpah.”selesai 44hari baru aku tidak akan muncul menampakkan diriku lagi.!”.Habibah bingkas bangun meluru pintu dan menghilang di dalam gelap malam..

.

Esoknya,Jiman menceritakan hal itu ke teman karibnya Salleh.Salleh cuma mengelengkan kepala dan mengatakan kepada Jiman,dimana Jiman telah memperisterikan keturunan boyan kayong dari tanah seberang.Silapnya Habibah tidak menceritakan asal usul dirinya dulu.Nikah sahaja berwalikan abangnya yang muncul sekali sekala di kampung ini.
Jiman bingkas bangun dan mengajak Salleh ke kubur Habibah..sesampai di kuburan.Salleh dan Jiman separa terkejut melihat seperti kubur Habibah seperti digali dan di kambus atasnya seperti ada yang mengali dan mengambusnya kembali.

.

“Leh ape patut kita buat sekarang.?”Beginilah Man.kita rujuk pada Pak Kiai di kampung sebelah..katanya kiai juga orang seberang.!balas Salleh.
Mereka melangkah menuju ke rumah kiai yang dimaksudkan.Mereka menceritakannya semua hal terjadi kepada kiai..Kiai mengeleng kepala…sebenarnya sumpah itu hilang sekiranya Habibah berterus terang dulu.

.

Jika meninggalnya keturunan boyan kayong.Keturunan itu patut ditancapkan jarum emas dicelah jari ibu jari kakinya.Jelmaan bangkit tidak akan terjadi jika hal demikian dilakukan atas jenazah Habibah dulu..Kiai membalas bahawa jika Jiman menolak untuk menyuruh jelmaan Habibah masuk ke rumahnya.Jelmaan Habibah bakal bergentayangan dan menganggu penduduk kampung..kerana sumpahan bangkit akan berakhir pada hari ke 44,setelah keturunan boyan kayong meninggal dunia…
Hendak tak hendak.

.

Jiman perlu menempuh sebulan lebih lagi malam-malamnya sesampai hari ke 44 Habibah meninggal dunia…Malam dilewati Jiman sangat panjang..Hari demi hari,busuk dan bau loya pasti menusuk ke dalam rongga hidungnya tatkala jelmaan Habibah muncul.Hari ke 30,jelmaan Habibah muncul.Kelihatan jelmaan Habibah semakin menyeramkan.Ulat-ulat menyeluruh di muka dan kain kapannya semakin membusuk dengan lendiran kuning hijau melekat…Jiman hilang sabar dan menjerit”Syaitan,kau bukan lagi layak bersama kami..pergilah kau dari hidup kami..!”.Jelmaan Habibah menunduk dan esak esak tangis begitu sayu.Jelmaan Habibah melangkah keluar…menelah gelap malam dan mana arah tujunya tidak diketahui…Hari berikutnya tersisa lagi 14 hari sumpahan genap 44hari jelmaan Habibah bangkit berakhir..
.

Dihujung kampung,dibawah lampu neon…kelihatan beberapa pemuda asyik bermain gitar dan melantun lagu popular lewat 80-dan awal 90an.Mereka kelihatan asyik ketawa dan menyanyi sambil meratah kuaci…Jelmaan Habibah…..kelihatan mengilai ketawa menganggu sekelompok pemuda yang sedang asyik bermain gitar.Pasti langkah seribu para pemuda bertempiaran lari…..Jelmaan Habibah semakin mengganas.Bukan sahaja anak-anak pulang mengaji diganggunya.Malahan setiap pintu rumah digegarnya..Jika jelmaan Habibah berjaya masuk ke dalam rumah penduduk.Pasti habis segala lebihan lauk makanan malam di sentuhnya.Senang untuk menentukan kehadiran jelmaan Habibah ke dalam rumah.Jika lebihan lauk makan malam esok harinya basi atau ada ulat didalamnya.

.

Andai kata anda sedang membaca kisah ini sekarang,mungkin sahaja jelmaan Habibah ada di dapur rumah anda,iya mungkin ada sisa lebihan makan malam anda sedang diratahnya…Semenjak jelmaan Habibah menganggu warga.Tiada seorang pun yang berani keluar rumah.Lampu gasoline menerangi setiap beranda rumah.Ketakutan warga bukan sahaja di ganggu.Malahan jelmaan Habibah suka mengetuk setiap pintu dan tingkap warga kampung.Tuk Tuk Tuk.dan diselangi hilai tawa yang cukup nyaring….Begitulah seksaan warga sesampai malam 44hari sumpahan berakhir.Segala macam gangguan di harung dengan sabar.Ayat suci al quran dilantun membantu sedikit dari diganggu Jelmaan Habibah.
.

Begitulah kisah ku kali ini.Boyan kayong sangat popular di kalangan penduduk di Mukah,Tekajong,Pulau Bruit di Sarawak.Di daerah Kuching Sarawak juga di ganggu oleh keturunan Boyan Kayong seperti di Kamping Gersik,Kampung Boyan,Kampung Surabaya dan Kampung Semarang.Andai kata ada orang-orang Kuching Sarawak atau Tekajong Mukah Pulau Bruit membaca kisahku ini.Tanyalah orang2-orang tua di kampungmu.

.

Pasti mereka akan mengiyakan kewujudan mereka…yang disumpah bangkit selama 44 hari setelah kematian mereka.Percaya atau tidak.terpulanglah..Bingkisan dari Sarawak.Kisah yg cukup popular tahun 60 hingga pertengahan 90an di Sarawak…Ku olah semula untuk bacaan anda semua…


Sumber: Fiksyen Shasha






No comments:

Post a Comment

J-Theme