PETROS AMBILALIH 100% INDUSTRI GAS DOMESTIK DARI PETRONAS DI SARAWAK
on 12 February 2020 Labels: Berita
SEJARAH tercipta hari ini apabila buat julung-julung kali, Kerajaan Sarawak melalui Petros telah mengambilalih semua fungsi perniagaan gas di Sarawak yang selama ini didominasi oleh Petronas. Petros telah diberikan hak untuk mengawal serta menguruskan aktiviti pembekalan, penjualan dan pengagihan gas domestik di dalam Sarawak berkuatkuasa 1 Januari 2020.
Satu memorandum persefahaman telah dimeterai antara Petronas dan Petros hari ini bagi mensahihkan penglibatan secara langsung Petros di dalam urusan gas domestik.
Pautan berita penuh:
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/02/12/state-owned-petros-takes-full-control-of-gas-businesses-in-sarawak-from-pet/1836833
Satu kejayaan bagi rakyat Sarawak amnya kerana selama ke hari ini sememangnya kita mahukan Sarawak sendiri yang menguruskan hasil maksumnya. Kita berdikit-dikit dahulu dengan industri gas sebagai langkah pertama. Tidak mustahil Petros suatu hari nanti boleh menguruskan kesemua minyak dan gas Sarawak daripada kita hanya melihat “oranglain” yang terus makan isi dan kita hanya dibiarkan terus berpuashati hanya makan tulang.
Tahniah Kerajaan Sarawak dibawah kepimpinan CM Abang Jo dan Gabungan Parti Sarawak. Salam maju jaya untuk Petros!
-RP-
Kredit teaser: Astro Awani

No comments:
Post a Comment