SIMUNJAN: Gara-gara dendam dengan si bapa menyebabkan seorang lelaki memaksa anak saudaranya menghisap kemaluannya dalam satu insiden di Sebuyau pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Merbin Lisa berkata suspek berusia 20an itu dilaporkan melakukan perbuatan terkutuk tersebut terhadap mangsa yang berusia 14 tahun di kawasan semak iaitu sekitar jam 2 petang.
Menurutnya, remaja lelaki terbabit terdahulu diperdaya suspek untuk mengikutnya ke pasar Sebuyau bagi menemaninya membeli rokok dengan menunggang motosikal.
"Setiba di lokasi kejadian, suspek membawa mangsa ke dalam semak dan menumbuk serta menendangnya sebelum memaksa mangsa menghisap kemaluannya.
"Mangsa yang dalam ketakutan bertindak mencucuk mata suspek dan kemudian terus melarikan diri ke arah kampung berdekatan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Difahamkan, mangsa yang tidak pulang sehingga lewat petang hari berkenaan menyebabkan ibunya yang risau akan keadaanya terus mencari dan berjaya menjumpainya dalam keadaan ketakutan.
"Mangsa trauma dan menceritakan kejadian tersebut kepada ibunya, manakala laporan polis berhubung kejadian telah dibuat pada keesokan harinya (26 Januari).
"Bertindak atas laporan tersebut, suspek kemudian berjaya ditangkap untuk siasatan lanjut," kata Merbin.
Tambahnya suspek ditahan reman sehingga 3 Februari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
"Hasil soal siasat, suspek mengaku memukul mangsa dan memaksanya menghisap kemaluan kerana berdendam dengan bapa mangsa yang pernah memarahinya kerana meminjam motosikal.
"Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat," jelasnya.
Sumber: Utusan Borneo

No comments:
Post a Comment