Dengan Hanya 3 Perkataan, Wanita Hilang di Hutan Lundu Ini Berjaya Ditemui

 on 12 January 2020  


Dengan Hanya 3 Perkataan, Wanita Hilang di Hutan Lundu Ini Berjaya Ditemui

Dengan Hanya 3 Perkataan, Wanita Hilang di Hutan Lundu Ini Berjaya Ditemui. Kes kehilangan di tengah hutan pasti merisaukan kita. Apatah lagi bagi individu yang mengalami situasi tersebut. Ditambah pula dengan kawasan hutan yang tidak mempunyai liputan internet atau GPS. Bagi mereka yang tidak biasa dengan survival di hutan, tentu dah gelabah nak cari bantuan di mana. Tapi lain pula kisahnya dengan seorang wanita yang hilang di hutan Lundu ini. Beliau hanya menghantar kod 3 perkataan untuk membolehkan pasukan penyelamat mencari beliau di tengah-tengah hutan yang tiada liputan internet dan GPS.

Dengan Hanya 3 Perkataan, Wanita Hilang di Hutan Lundu Ini Berjaya Ditemui

Wanita yang bernama Chai Shiaw Fung ini berkongsi detik cemas semasa beliau hilang di tengah hutan Lundu semasa menyertai Sarawak Adventure Challenge pada 12 Oktober yang lalu. Menurut postingan beliau di Facebook, beliau bersama seorang lagi rakan sesat di hutan tersebut sebelum berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat 3 jam kemudian.

Kod “COLLAPSE . YARDAGE . BROADENING” Tentukan Lokasi Sebenar

Dengan Hanya 3 Perkataan, Wanita Hilang di Hutan Lundu Ini Berjaya Ditemui

Kod 3 perkataan iaitu “collapse.yardage.broadening” telah membolehkan pasukan penyelamat untuk menemui mereka di tengah hutan tersebut. Menurut Chai lagi, kod 3 perkataan tersebut didapati daripada sebuah aplikasi pengesan lokasi yang bersifat ‘live saving’ yang telah beliau muat turun beberapa bulan sebelum menyertai cabaran tersebut.




No comments:

Post a Comment

J-Theme